Minda Separa Sedar

Minda separa sedar menjadi satu perkara yang penting di dalam kehidupan kita. Di dalam bilik minda separa sedar ini tersimpan 1001 macam perkara yang telah diprogramkan semenjak kita dilahirkan malahan ada orang mengatakan semenjak kita peroleh nyawa di dalam rahim ibu.

Bilik minda separa sedar ini umpama sebuah komputer. Kita tak nampak apa yang ada di dalam hard disk komputer tetapi ia menggerakkan komputer yang kita gunakan.


Informasi
Sepanjang hidup kita, minda separa sedar diprogramkan biasanya dalam keadaan separa sedar. Sebagai contoh seorang yang mudah mendapatkan apa yang dia nak, minda separa sedarnya telah diprogramkan sebegitu mungkin oleh persekitaran dia membesar. Mungkin ibu bapanya dari golongan yang berfikiran positif dan mengambil berat tentang bagaimana pemikiran anak patut dibentuk.
Kesihatan kita juga dibentuk atau dipacu oleh minda separa sedar. Pernah lihat seseorang yang mudah sakit? Kebiasaannya orang sebegini mempunyai pemikiran yang negatif atau menyimpan sikap-sikap yang negatif. Contoh sikap negatif ialah kuat berburuk sangka, sensitif, menyimpan perasaan, memandang orang lain sebagai tidak betul dan dirinya saja yang betul. Pemikiran negatif sebegini menghasilkan tenaga yang negatif kemudian disimpan di dalam badan lalu melemahkannya. Apa bila badan menjadi lemah, maka mudahlah penyakit untuk hinggap.

Kita Adalah Apa Yang Kita Gambarkan

Minda separa sedarlah yang menggerakkan hidup kita


Katakanlah kita dibesarkan di dalam keluarga yang berkerja sebagai buruh kasar. Maka pembesaran kita diasak oleh pemikiran sebagai seorang buruh kasar. Kita dibentuk sebegitu. Apabila kita semakin dewasa kita cukup selesa dengan pemikiran seorang buruh kasar dan merasa sukar untuk berfikir menggunakan sudut pandang yang lain. Jikalau kita melanjutkan pelajaran di universiti sekalipun kita masih mempunyai pemikiran seperti seorang buruh kasar.

Tetapi perkara ini boleh diubah jika ada kemahuan yang tinggi dari kita sendiri, walaupun ia mungkin menuntut usaha yang lebih.

Bagi mereka yang mudah sakit pula, minda separa sedar telah merakamkan bahawa dia selalu sakit dan fikiran menjadi selesa jika sakit. Untuk menjadi lebih sihat maka minda separa sedar perlu diprogramkan semula. Ada kajian yang telah dibuat dengan menggunakan kaedah pemprograman semula minda separa sedar menghasilkan keputusan di mana mereka yang mudah sakit kini berubah kepada yang lebih sihat.