De Sound


De Sound adalah kaedah mendengar audio supaya badan dan pemikiran kita menjadi lebih fokus dengan apa yang kita kehendaki.

Mudah saja, luangkan masa sejam dalam sehari untuk mendengar De Sound sama ada menggunakan speaker ataupun dengan menggunakan headset.

Anda boleh mendengarkannya pada bila-bila masa sahaja. Aktiviti ini akan menyelaraskan semula minda dan badan kita supaya signal yang dikeluarkan adalah benar-benar tepat.



Fikir, yakin dan dapat.
Fikir, yakin dan dapat.


Bagaimana kalau kita boleh mendapatkan apa saja yang kita hajatkan dengan hanya beberapa langkah; fikir, yakin dan dapat.

Mudah sungguh hidup kita bukan?
Keterlaluan mungkin?


Sebenarnya tidak. Kita boleh mendapatkan apa yang kita hajatkan dengan hanya menggunakan kaedah fikir, yakin dan dapat. Namun begitu kita perlu tahu caranya. Ada cara yang mudah dan ada cara yang mengambil langkah yang lebih panjang.

Pernah berjumpa dengan rakan-rakan yang kelihatannya cukup mudah untuk mendapatkan sesuatu? Nak rumah yang cantik, dapat. Nak pendapatan yang lumayan, pun dapat. Pendek kata apa yang dia nak, dia boleh dapat.

Ini tidak menghairankan kerana ilmu sebegini bukanlah ilmu baru. Ianya sudah lama ada di dunia ini cuma ramai yang tidak mengambil peduli untuk mempelajari dan mengamalkannya. Maka kita sendiri pun boleh mengamalkan ilmu ini.



Apa pula kaitan dengan fikir, yakin dan dapat?

Proses konsepnya adalah sama. Iaitu apa yang kita fikir dan kita yakin dengannya maka kita akan mendapatkannya. Tapi bagaimana pula proses perubahan ini boleh berlaku kepada sesiapa yang belum mempunyai ilmu ini?

Ada dua cara iaitu cara panjang dan cara pendek. Cara panjang ialah dengan mempelajari
kaedah-kaedahnya dengan berguru. Ini mengambil masa. Manakala cara pendek ialah dengan menggunakan kaedah mendengar audio De Sound.



Bagaimana untuk mendapatkan ilmu sebegini? Susah atau mudah?

Ok, sebelum itu kita lihat dahulu apa yang sebenarnya berlaku apabila kita menggunakan ilmu ini. Hidup kita ini sebenarnya mempunyai satu pusat pergerakan iaitu minda kita. Di dalam minda kita telah terakam semua perkara semenjak kita dilahirkan. Contohnya seperti merekod. Tak kisahlah sama ada perkara itu kita nampak, atau tak nampak. Sama ada kita dengar atau kita tak dengar, semuanya kita rakamkan di dalam minda kita.